top of page

LAPORAN AKTIVITI 2020

Program PsiDidik

January 17, 2020

Program PsiDidik 2020 IPGKBM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Jan 2020 (Sabtu). Seramai 238 orang pelajar PPISMP IPGKBM hadir menyertai program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung. Aktiviti lebih berfokus kepada pembangunan kemahiran komunikasi dan semangat sepasukan. Fasilitator ialah Syed Mohd Hamzah Bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbir), Cik Gaitire A/P Dewadasan (Pegawai Kaunseling Pelajar) dibantu oleh 22 orang PRSd IPGKBM.

Program Pementoran IPGKBM 2020

February 25, 2020

Program Pementoran IPGKBM bagi tahun 2020 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 26 Feb 2020 (Rabu). Seramai 12 orang peserta yang hadir menyertai program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung. Aktiviti dikendalikan dengan kerjasama jurulatih pementoran daripada Bahagian Psikologi dan Kaunseling, KPM. Fasilitator ialah :

  1. Pn.Nadiana binti Bujang (Bahagian Psikologi dan Kaunseling)

  2. Pn.Norhanita binti Othman (Bahagian Psikologi dan Kaunseling)

  3. En.Azizurahman bin Hj Samian (Bahagian Psikologi dan Kaunseling)

Program GPS : Di manakah anda?

July 06, 2020

Program GPS : Di manakah anda? telah dilaksanakan secara bersiri dan mengikut bilangan peserta yang terhad. Sebanyak 3 siri telah dijalankan iaitu pada 7, 14 dan 16 Julai 2020 membabitkan seramai 50 orang staf kesemuanya.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung. Fasilitator ialah program ini ialah :

  1. Syed Mohd Hamzah bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling)

  2. Gaitire A/P Dewadasan (Pegawai Kaunseling)

  3. Francis Yeo Wee Cheat (Kaunselor Pelatih, UM)

  4. Chu Hui Qi (Kaunselor Pelatih, UM)

Jurnal Emosi Saya (PDPM-PAKK)

July 28, 2020

Jurnal Emosi Saya telah berjaya dilaksanakan kepada 21 orang pelajar PDPM-PAKK. Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung. Program ini bertujuan untuk membimbing peserta meneroka diri sendiri dan berkongsi dengan rakan sekeliling. Fasilitator ialah program ini ialah :

  1. Syed Mohd Hamzah bin Syed Ab Hamid (Ketua Unit)

  2. Gaitire A/P Dewadasan (Pegawai Kaunseling)

  3. Pn.Siti Nurulhida binti Abdul Rahman (Pegawai Kaunseling)

  4. Francis Yeo Wee Cheat (Kaunselor Pelatih, UM)

  5. Chu Hui Qi (Kaunselor Pelatih, UM)

â—„

1 / 1

â–º

Please reload

LAPORAN AKTIVITI 2019

Perkasa PRSd IPGKBM

January 24, 2019

Program Perkasa PRSd IPGKBM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya selama tiga hari iaitu 25 hingga 27 Jan 2019 (Jumaat - Ahad). Seramai 20 orang PRSd IPGKBM hadir melibatkan diri dalam program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung. Fasilitator ialah Syed Mohd Hamzah Bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbir) dan Cik Chai Siew Lee (Pegawai Kaunseling Pelajar).

Program PsiDidik

March 01, 2019

Program PsiDidik telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 2 Mac 2019 iaitu pada hari Sabtu. Seramai 120 orang pelajar PPISMP IPGKBM hadir menyertai program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Fasilitator ialah 10 orang PRSd IPGKBM yang dibimbing oleh Cik Chai Siew Lee (Pegawai Kaunseling Pelajar) dan Syed Mohd Hamzah Bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbir).

Bengkel Terapi Seni : Kesejahteraan Mental

March 20, 2019

Bengkel Terapi Seni : Kesejahteraan Mental telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Mac 2019 bersamaan hari Khamis. Seramai 40 orang staf IPGKBM hadir menyertai program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Fasilitator ialah Syed Mohd Hamzah Bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbir) dan Cik Chai Siew Lee (Pegawai Kaunseling Pelajar).

Slot Ekplorasi Pemimpin Muda Pelajar Semester 8 IPGKBM

April 04, 2019

Slot UPsK untuk Program Eksplorasi Pemimpin Muda Pelajar Semester 8 IPGKBM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 5 April 2019 iaitu pada hari Jumaat. Seramai 70 orang pelajar Semester 8 IPGKBM hadir menyertai program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung bermula dari pagi hingga ke petang. Fasilitator ialah 10 orang PRSd IPGKBM yang dibimbing oleh Cik Chai Siew Lee (Pegawai Kaunseling Pelajar) dan Syed Mohd Hamzah Bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbir).

Kursus Pentauliahan AKRAB Fasa 1 IPGKBM 2019

April 22, 2019

Kursus Pentauliahan AKRAB Fasa 1 IPGKBM bagi tahun 2019 dilaksanakan dengan jayanya selama 3 hari iaitu pada 23-25 April 2019 (Selasa-Khamis). Seramai 10 orang staf IPGKBM hadir menyertai program ini.  Kursus ini dibimbing oleh jurulatih yang bertauliah daripada Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK), KPM. 

Slot Orientasi Pelajar PPISMP IPGKBM 2019

June 17, 2019

Slot UPsK untuk Program Orientasi Pelajar PPISMP IPGKBM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 18-21 Jun 2019. Seramai 256 orang pelajar PPISMP IPGKBM yang telah melapor diri hadir menyertai program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung bermula dari pagi hingga ke petang. Fasilitator ialah 10 orang PRSd IPGKBM yang dibimbing oleh Cik Chai Siew Lee (Pegawai Kaunseling Pelajar) dan Syed Mohd Hamzah Bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbir).

Khidmat Komuniti : Saya Pelajar Cemerlang

July 23, 2019

Program Khidmat Komuniti : Saya Pelajar Cemerlang berjaya dilaksanakan pada 24 Julai 2019 bertempat di SK Pendidikan Khas, Seksyen 17 Shah Alam. Seramai 40 orang pelajar SK Pendidikan Khas Seksyen 17, Shah Alam yang terpilih sebagai peserta sepanjang program ini berlangsung. Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung bermula dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Seramai 10 Orang AKRAB dan 10 orang PRSd IPGKBM terlibat sebagai fasilitator bagi aktiviti ini di bawah bimbingan Cik Chai Siew Lee (Kaunselor Pelajar), Syed Mohd Hamzah (Kaunselor Staf) dan En.Umar (UPP).

Kursus Pemantapan AKRAB IPGKBM 2019

September 11, 2019

Kursus Pemantapan AKRAB IPGKBM tahun 2019 berjaya dilaksanakan pada 12 September 2019. Kursus pada kali ini mendedahkan ahli AKRAB tentang Psikonumerologi dan Terapi Muzik. Seramai 20 orang peserta yang terlibat dengan kursus ini bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Fasilitator ialah Cik Chai Siew Lee (Kaunselor Pelajar) dan Syed Mohd Hamzah (Kaunselor Staf)

Kursus Pentauliahan AKRAB Fasa 2 IPGKBM 2019

October 15, 2019

Kursus Pentauliahan AKRAB Fasa 2 IPGKBM bagi tahun 2019 dilaksanakan dengan jayanya selama 3 hari iaitu pada 16-18 Oktober 2019 (Rabu-Jumaat). Seramai 10 orang staf IPGKBM hadir menyertai program ini yang bertempat di IPGM.  Kursus ini dibimbing oleh jurulatih yang bertauliah daripada Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK), KPM. 

Program Peningkatan Profesionalisme Staf IPGKBM 2019

October 18, 2019

Program Peningkatan Profesionalisme Staf IPGKBM tahun 2019 berlangsung selama 3 hari di IPG Kampus Dato'Razali Ismail, Terengganu pada 19-21 Oktober 2019. Seramai 40 orang Staf IPGKBM yang terlibat dan memberi kerjasama yang baik sepanjang program ini.  Fasilitator ialah Syed Mohd Hamzah Bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbir), Engku Adli dan En.Hafizuddin (Kaunselor IPGKDRI).

â—„

1 / 1

â–º

Please reload

LAPORAN AKTIVITI 2018

Program PsiDidik

January 12, 2018

Program PsiDidik telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 13 Jan 2018 iaitu pada hari Sabtu. Seramai 110 orang pelajar PPISMP IPGKBM hadir melibatkan diri dalam program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Fasilitator ialah Syed Mohd Hamzah Bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbir) , Cik Chai Siew Lee (Pegawai Kaunseling Pelajar) dan 14 orang PRSd IPGKBM.

Perkasa PRSd IPGKBM

February 23, 2018

Program Perkasa PRSd IPGKBM telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya selama dua hari iaitu 24 dan 25 Feb 2018 (sabtu & ahad). Seramai 20 orang PRSd IPGKBM hadir menyertai program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung. Fasilitator ialah Syed Mohd Hamzah Bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbir) dan Cik Chai Siew Lee (Pegawai Kaunseling Pelajar).

Bengkel Terapi Seni : Komunikasi Berkesan

March 21, 2018

Bengkel Terapi Seni : Komunikasi Berkesan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 22 Mac 2018 bersamaan hari Khamis. Seramai 40 orang staf IPGKBM hadir menyertai program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Fasilitator ialah Syed Mohd Hamzah Bin Syed Ab Hamid (Pegawai Kaunseling Pentadbir) , Cik Chai Siew Lee (Pegawai Kaunseling Pelajar) dan 4 orang AKRAB IPGKBM.

Program Menggilap Permata - SMK Raja Abdullah

April 17, 2018

Program Menggilap Permata telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 18 April 2018 iaitu pada hari Rabu. Seramai 38 orang pelajar kelas pemulihan SMK Raja Abdullah melibatkan diri dalam program ini yang dibimbing oleh 5 orang PRSd IPGKBM.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung. Fasilitator ialah Cik Chai Siew Lee (Pegawai Kaunseling Pelajar) dan 5 orang PRSd IPGKBM.

Sambutan Hari Raya AKRAB IPGKBM dan IPGKIK

July 02, 2018

Mesyuarat perancangan program kerjasama AKRAB antara IPGKBM dan IPGKIK telah diadakan dengan jayanya pada 3 Julai 2018 di Bilik Mesyuarat Rais Yatim, IPGKBM. Sempena dengan mesyuarat tersebut, Majlis Sambutan Hari Raya AKRAB IPGKBM dan IPGKIK juga diadakan. Sambutan yang meriah ini harap dijadikan aktiviti tahunan pada tahun-tahun akan datang.

Bengkel Pengurusan Stress

July 11, 2018

Bengkel Pengurusan Stress telah diadakan dengan jayanya pada 12 Julai 2018 di Dewan Za'ba, IPGKBM. Seramai 30 orang peserta program yang terdiri daripada staf IPGKBM. Kerjasama yang baik sepanjang aktiviti berlangsung.

Program Rahsia Kejayaan

July 13, 2018

Program Rahsia Kejayaan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 14 Julai 2018 iaitu pada hari Sabtu. Seramai 80 orang pelajar PISMP IPGKBM hadir dalam program ini.  Kerjasama yang sangat baik diberikan oleh para peserta sepanjang aktiviti berlangsung bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Fasilitator ialah Cik Chai Siew Lee (Pegawai Kaunseling Pelajar).

Bengkel Terapi Seni untuk Kesejahteraan Psikospiritual IPG Kampus

October 30, 2018

Bengkel Terapi Seni Kesejahteraan Psikospiritual IPG Kampus telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Oktober 2018 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Seramai 8 Orang Ahli AKRAB IPGKBM terlibat sebagai peserta program tersebut. Selain AKRAB IPGKBM, penyertaan peserta dari IPG Kampus Pendidikan Islam dan tuan rumah IPG Kampus Pendidikan Teknik. Fasilitator bengkel ialah Kaunselor IPG Kampus yang terlibat.

Program Pasca AKRAB ke Selatan (Fasa 3)

November 25, 2018

Program Pasca AKRAB ke Selatan (Fasa 3) telah berjaya dilaksanakan pada 26 hingga 28 November 2018. Program ini merupakan kerjasama AKRAB IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Temenggong Ibrahim dan IPG Kampus Tun Hussein Onn. Seramai 8 orang AKRAB IPG Kampus Bahasa Melayu menyertai program yang bermanfaat ini. Pengisian aktiviti lebih fokuskan kepada kemahiran kaunseling, komunikasi, kerjasama pasukan, gaya hidup sihat dan lain-lain lagi.

Team Building : Modul OMBAK

December 05, 2018

Program Team Building : Modul OMBAK telah berjaya dilaksanakan pada 06 Disember 2018. Program ini terpaksa ditangguhkan dari tarikh asal iaitu 11 Oktober 2018 atas sebab kekangan yang tidak dapat dielakkan. Seramai 20 orang peserta yang hadir dan menjayakan aktiviti yang dirancang. Fasilitator program terdiri daripada Pegawai Kaunseling IPGKBM dan Ahli AKRAB IPGKBM.

â—„

1 / 1

â–º

Please reload

LAPORAN AKTIVITI 2017

Prihatan Penjalin Kasih

January 18, 2017

Program Prihatin Penjalin Kasih telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 19 Jan 2017. PRSd IPGKBM telah terlibat sebagai pembantu dan urusetia program tersebut.

Program Pemantapan Kendiri

January 20, 2017

Program Pemantapan Kendiri telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Psikologi & Kaunseling pada 21 Jan 2017. Program ini berjaya dilaksanakan dengan bantuan PRSd IPGKBM. Kesemua pelajar PPISMP ambilan Jun 2016 terlibat dalam aktiviti ini.

Mesyuarat AKRAB

February 20, 2017

Mesyuarat AKRAB bilangan 1/2017 telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 9 orang ahli AKRAB IPGKBM yang telah hadir untuk merancang aktiviti AKRAB IPGKBM bagi tahun 2017. Mesyuarat bermula jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Kursus Asas PRSd 2017

February 24, 2017

Kursus Asas PRSd 2017 telah berjaya dilaksanakan pada 25-26 Feb 2017 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Seramai 20 orang PRSd IPG KBM yang terpilih untuk menyertai kursus ini. Selain PRSd IPG KBM, peserta kursus juga terdiri daripada PRSd IPG Kampus Bahasa Antarabangsa dan PRSd IPG Kampus Pendidikan Teknik.

â—„

1 / 1

â–º

Please reload

bottom of page